24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Tempoh enam minggu diperlukan bagi kanak-kanak sebelum terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPOH enam minggu selepas sembuh daripada jangkitan COVID-19 diperlukan bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun sebelum menerima vaksin.

Berbeza dengan golongan dewasa, mereka tidak perlu me­nunggu dan sebaik-baik disahkan sembuh dari jangkitan virus SARSCoV-2 itu mereka boleh menerima vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh itu wajar dipertimbangkan sebelum kanak-kanak terbabit diberikan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin untuk anak mereka selepas dijangkiti wabak itu.

“Selepas enam minggu boleh dipertimbangkan. Ya, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana individu yang dijangkiti COVID-19 sudah ada imun semula jadi,” katanya lapor Utusan.

Sebelum ini, bekas pesakit COVID-19 dewasa perlu menunggu tiga bulan untuk menerima suntikan vaksin, bagaimanapun, Jawatankuasa Khas Jami­nan Bekalan Akses Vaksin Co­vid-19 (JKJAV) pada tahun lalu mengambil keputusan memansuhkan tempoh menunggu itu berdasarkan pendapat pakar.

Baca juga:   Catat penurunan kes harian, 3,926 kes Covid-19 semalam

Walaupun bukti terkini me­nunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlin­dungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan pemberian vaksin lebih awal dari tempoh ditetapkan sebelum ini.

Dengan kemunculan vari­an Omicron yang lebih mudah menjangkiti, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini memberitahu, seramai 119,719 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19 bagi tempoh Januari hingga perte­ngahan bulan ini, susulan penularan varian tersebut.

Baca juga:   KPT bantu mudah cara bawa pulang Nur Nabilah

Daripada jumlah itu, 37,845 kes kategori satu manakala ka­tegori dua (81,849 kes), kategori tiga (274 kes), kategori empat (86 kes) dan kategori lima (25 kes).

Risiko jangkitan varian Omicron meningkat sekiranya kanak-kanak itu mempunyai ko­morbid atau tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) bagi kategori tiga hingga lima pula me­ningkat sebanyak 94 peratus dan keadaan kritikal boleh berlaku kepada kanak-kanak akibat jangkitan COVID-19 adalah ‘Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) yang mana terjadinya keradangan pada organ dalaman terutama jantung, paru-paru dan otak.

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan