24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Empat maut kemalangan babitkan dua kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TRAGIS…EMPAT orang dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dengan salah sebuahnya terbakar di Kilometer (KM) 58.2 Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Wira dan Nissan Almera tesebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dikenali sebagai Mohamad Syafiq Kassim, 26; Shahrin Hafi Omar, 49; dan Arni, 52.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan cedera parah akibat dihempap kereta tersebut yang terbalik.

Sementara maklumat berhubung identiti mangsa dipercayai lelaki yang menaiki kereta Nissan Almera belum diperoleh.

Advertisements

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kereta akibat kemalangan jalan raya pada pukul 2.22 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta jenis Nissan Almera terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu jenis Proton Wira tidak terbakar.

“Terdapat seorang mangsa di dalam Nissan Almera yang terbakar dan tiga mangsa di dalam Proton Wira,” katanya, lapor Kosmo!.

Kata beliau, mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 4.07 pagi diikuti mangsa kedua dan ketiga pada pukul 4.28 dan 4.52 pagi sebelum mangsa terakhir dari kereta yang terbakar pada pukul 5.43 pagi.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan