24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM berkempen di PRN Johor sebab nak jadi Presiden parti?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEMBRONO. Itulah yang penulis boleh simpulkan dengan dakwaan bekas presiden parti yang ‘hidup segan mati tak mau’ yang menuduh Ismail Sabri Yaakob berkempen demi untuk mengejar jawatan Presiden UMNO.

Lebih kelakar, dia juga menuduh Ismail Sabri bersama tim Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan sokongan ahli UMNO bagi tujuan itu.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan rakaman video Raja Petra Kamaruddin, seorang pengulas politik Malaysia yang ‘sembang dari jauh’ nun di UK sana.

Penulis bukanlah nak berpihak kepada sesiapa, tetapi kalau mendakwa Ismail Sabri berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi jawatan Presiden UMNO, nyata langkah tersebut buang masa.

Kalau betullah itu yang dilakukan, penulis nak tahu juga siapa penasihat beliau sehingga mengambil langkah kurang bijak menggunakan PRN Johor untuk berkempen bagi diri sendiri?

Sebabnya dalam pemilihan agung parti sudah tentu bukan rakyat Johor akan memilih pucuk pimpinan sebaliknya ahli-ahli UMNO, tepat lagi bahagian-bahagian UMNO melibatkan seluruh negara.

Kalau tak silap penulis, seluruh negara ada 191 bahagian dan di Johor ada 26 bahagian.

Mengenai dakwaan Ismail Sabri dapat bantuan tim Muhyiddin, ini lagi tidak masuk akal kerana mereka juga sedang bertungkus-lumus membantu calon-calon Perikatan Nasional (PN) menentang calon-calon BN di semua 56 kerusi.

PN nak rampas pemerintahan Johor beb, bukan duk sibuk nak naikkan Mail sebagai Presiden UMNO. Apa ke jadah Muhyiddin duk sibuk soal pemilihan parti pihak lawan?

Benar, dalam PRN Johor, Ismail Sabri hampir setiap minggu mengadakan program di negeri itu sejak gelanggang pilihan raya dibuka pada 26 Februari lalu.

Advertisements

Malahan semasa hari pengundian hari ini pun, beliau berada di Johor, memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN).

Hal ini berbeza ketika PRN Melaka yang seingat penulis, hanya sekali atau dua kali sahaja beliau turun, atas kapasiti Naib Presiden UMNO, membantu calon-calon BN.

Kalau tak salah, semacam ada arahan daripada Ismail Sabri selaku Perdana Menteri yang melarang para menteri mengadakan program di Melaka atas kapasiti kerajaan Pusat. Seingat penulislah, betulkan kalau salah…

Sebabnya beliau mahu menjaga hubungan dengan ‘parti-parti dalam kerajaan Pusat’ yang bertanding atas tiket parti masing-masing di PRN Melaka – Bersatu dan Pas yang bertanding atas tiket PN.

Tetapi di Johor situasi berbeza. Begitu banyak program kerajaan Pusat dilaksanakan yang membabitkan Perdana Menteri termasuk mengadakan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Namun penulis yakin bukan sebab beliau mahu berkempen untuk jawatan Presiden UMNO, sebaliknya Ismail Sabri melihat Johor amat penting untuk ditadbir BN agar negeri itu lebih terjamin dari segi kemakmuran dan kesejahteraan.

Prestasi Johor selaku ‘lubuk pelaburan’ di selatan Semenanjung jahanam ketika zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan PN apa lagi di bawah pentadbiran Menteri Besar anak muda yang baharu masuk politik setahun jagung.

Lagipun tidak molek bagi seorang Naib Presiden UMNO tidak turun padang membantu jentera BN ketika para pemimpin parti lain termasuk Najib Razak yang sudah berkampung di negeri itu hampir sebulan lalu.

Dan seandainya wajah Ismail Sabri terpahat dalam fikiran ahli-ahli UMNO yang akan memilih pucuk pimpinan mereka nanti, dan seandainya mereka mahu beliau menjadi Presiden parti itu boleh dianggap bonus.

Tetapi bukan matlamat itu yang diharapkan oleh Ismail Sabri, sebaliknya memastikan BN dapat mentadbir negeri Johor dengan mutlak dan tidak diganggu-gugat dengan ancaman daripada parti-parti lain.

Tak gitu Pak Long?

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan