27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Negara kehilangan seorang lagi permata al-Quran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG tokoh al-Quran dan guru tarannum, Tuan Guru Datuk Nik Jaafar Nik Ismail, 86, meninggal dunia di Pasir Mas, Kelantan, pukul 5.30 petang tadi.

Perkara berkenaan dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, seminggu yang lalu anakanda beliau iaitu Allahyarham Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar terlebih dahulu kembali ke rahmatullah pada 16 Mac.

“Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan kedua-dua insan tersayang.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang pernah menjadi Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa,” kongsinya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Allahyarham juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Advertisements

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, Jejak Ulama Nusantara dalam perkongsian di Facebook oleh Tengku Yusuff menyatakan kelebihan yang dimiliki membolehkan Tuan Guru Nik Jaafar dilantik sebagai hakim tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 1983 dan meletakkan namanya sebaris dengan tokoh agama seperti Tan Sri Hassan Azhari dan Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

“Usaha dan ilmu yang dimilikinya membolehkan beliau membantu melahirkan ramai johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa seperti Ustaz Ibrahim Harun, Ustazah Faridah Mat Saman, Ustazah Fatimah Mat Diah, Ustaz Radhi Kamarul Hailan dan Ustaz Datuk Hanizah Jalaludin.

“Selain menjadi imam di Masjid Kampung Kedondong, beliau juga menubuhkan pusat pembelajaran al-Quran dikenali Majlis Raudhah al-Tilawah al-Quran di Pasir Mas, Kelantan.

“Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan