25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

5,477 jawatan kosong guru akan diisi dengan segera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEKOSONGAN 5,477 jawatan guru di seluruh negara akan diisi dengan segera.

Itu jaminan yang diberi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin yang berkata, pihaknya masih meneliti beberapa komponen sebelum pengisian jawatan tersebut dilakukan.

“Kita sedang ikhtiarkan bersama dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) supaya diisi segera tetapi ada beberapa kesukaran dan komponen yang kita sedang teliti.

“Kita juga sedang usahakan supaya yang mana kita dapat selesaikan dahulu, kita selesaikan dahulu,” katanya selepas Program Penyerahan Peranti Pendidikan Digital AEON Sayap Bagimu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang di Langkawi hari ini, lapor Kosmo!.

Beliau memberitahu, sebelum ini terdapat sebanyak 18,702 kekosongan jawatan guru dengan sebanyak 13,225 daripadanya telah diisi sejak Disember tahun lalu.

Sementara itu, kata beliau, pengambilan secara one-off itu memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan sebelum dibuka kepada calon lain.

Katanya, selepas graduan ikhtisas pendidikan mendapat penempatan, kementerian akan membuka pengambilan kepada graduan yang tiada ikhtisas pendidikan.

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan