31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Syarikat pelaburan kewangan terkemuka berminat melabur di Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AL Hajri Global Group, sebuah syarikat pelaburan kewangan terkemuka antarabangsa yang berpusat di Kuwait berminat untuk membuat pelaburan di negara ini.

Berita baik berkenaan dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, delegasi berkenaan diterajui oleh Pengerusi Al Hajri Global Group, Sheikh Essa R Al-Hajri dan Penasihat dan CEO Al Hajri Global Group untuk Malaysia, Eropah dan Turki, Dr Osama Mohammed.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat pihak pengurusan tertinggi Al Hajri Global Group, sebuah syarikat pelaburan kewangan terkemuka antarabangsa yang berpusat di Kuwait telah mengunjung hormat ke atas saya.

“Mereka menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama pelaburannya di rantau Asia Tenggara,” katanya hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, delegasi berkenaan juga ingin meninjau peluang pelaburan di Malaysia dan pelaburan berkenaan akan dilakukan bersama Kumpulan Boustead Holdings Bhd. (Kumpulan Boustead) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Antara peluang pelaburan yang dikenal pasti ialah projek infrastruktur, pengilangan, perubatan, tenaga boleh diperbaharui, alga dan beberapa bidang lain.

“Pada masa sama, Sheikh Essa R Al-Hajri turut menyampaikan surat jemputan rasmi kepada saya dan juga Ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikat dari Malaysia untuk melawat Kuwait.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan bagi mengukuhkan hubungan perniagaan dan pelaburan, serta meningkatkan urusan dagangan dua hala antara dua-dua buah negara.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan