26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Juruterbang pelatih cedera, pesawat tergelincir landasan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JURUTERBANG pelatih cedera apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan tergelincir landasan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), malam ini.

Bagaimanapun, juruterbang berusia 28 tahun yang mengendalikan pesawat jenis Diamond-14 itu mengalami kecederaan ringan di pinggang dan lutut kedua-dua belah kakinya dalam kejadian pada 8.10 malam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.15 malam.

“Seramai 13 pegawai dan anggota bersama empat jentera termasuk masing-masing sebuah jentera tangki air dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah pesawat latihan tergelincir landasan ketika melakukan pendaratan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sayani berkata, anggota bomba mendapati seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan oleh anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sejurus ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.

“Pasukan bomba masih membuat pemantauan dan pada masa sama menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan