28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Murid perempuan hilang di sekolah ditemukan selamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG murid perempuan Sekolah Kebangsaan Midah 1, Cheras, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang petang tadi ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai kejadian berkenaan.

Dalam satu hantaran di Facebook Polis KL, kanak-kanak tersebut telah dijumpai di The Holmes, Bandar Tun Razak pada Jam 9.22 malam.

“Pusat Kawalan Cheras telah menghantar kereta peronda polis (MPV) untuk mengambil kanak-kanak tersebut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Kanak-kanak tersebut berada di IPD Cheras untuk diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik dilaporkan hilang.

Baca juga:   6 termasuk Jurutera Daerah, Penolong Jurutera ditahan SPRM

Ibu kepada kanak-kanak itu dikenali sebagai Ryana berkata, dia sepatutnya mengambil anaknya pulang kira-kira pukul 5.50 petang tadi.

Namun, disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkan dia lewat tiba pada pukul 6.20 petang sebelum mendapati anaknya tiada di sekolah berkenaan.

Sementara itu sumber memaklumkan, kanak-kanak tersebut telah menaiki sebuah van sekolah sebelum diturunkan di kawasan rumah pangsa Bandar Tasik Permaisuri.

Katanya, kebiasannya Sofia akan dijemput oleh ibu atau datuknya untuk pulang dari sekolah, dan tidak menggunakan perkhidmatan basa sekolah.

Baca juga:   Suspek tembak polis bantuan direman lima hari

“Polis tengah buat siasatan sekarang kenapa pemandu van itu meminta dia naik van dan kemudian menurunkan di kawasan rumah pangsa di Bandar Tasik Permaisuri,” kata sumber.

Kanak-kanak itu dikatakan masih dalam keadaan terkejut dan tidak berapa ingat apa yang berlaku.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan