31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bomba selamatkan kanak-kanak di luar jendela bangunan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap di luar jendela bangunan tiga tingkat Apartment Sutera Villa di Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.11 pagi ini sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan berkejar ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2, Mohd Rosli Abdullah bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tangga dan juga harness.

“Operasi terbabit berjaya membawa turun kanak-kanak terbabit dalam keadaan selamat dan situasi dapat dikawal dengan baik,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini.

Sementara itu perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet baik ucapan tahniah kepada pasukan bomba, mahupun persoalan bagaimana kanak-kanak berkenaan berada di luar jendela.

Salah seorang pemilik akaun dengan nama J Samsuddin Safian, beliau mengucapkan tahniah ke atas pasukan bomba.

“Tahniah abam bomba atas tindakan pantas dan cekap,” kongsinya.

Sementara itu, bagi pemilik akaun bernama Latif Johan dan Muhammad Azwan, mereka mengucapkan terbaik buat pasukan bomba.

Hantaran tersebut mendapat 113 perkongsian semula, 486 reaksi dan lebih 90 komen.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan