25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Penolong Pegawai Tanah Pekan maut nahas tiga kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENOLONG Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi, mangsa Ahmad Syaheer Yahaya, 38, yang memandu Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Manakala, dua individu lain yang menaiki pacuan empat roda mengalami kecederaan, sementara seorang lagi mangsa yang menaiki Proton Saga tidak cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke Tanjung Lumpur dipercayai hilang kawalan.

“Setibanya di lokasi kejadian melepasi kawasan selekoh, tiba-tiba kereta dipandu Ahmad Syaheer dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

Baca juga:   Empat sekeluarga maut nahas dua kenderaan

“Pada sama sama, pacuan empat roda dipandu peniaga berusia 28 tahun bersama kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Myvi itu.

“Manakala, Proton Saga dipandu pekerja restoran berusia 57 tahun yang berada di belakang pacuan empat roda itu gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kiri kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, Ahmad Syaheer disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga mangsa yang lain di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut.

Baca juga:   Dua maut nahas tiga kenderaan di Jalan Jerantut-Kuala Tembeling

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan terbabit dalam operasi menyelamat.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang maut akibat tersepit,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan