24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Warga pendidik minta kerajaan wajibkan vaksin pelajar sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WARGA pendidik hari ini meminta agar kerajaan mewajibkan para pelajar sekolah mengambil vaksin bagi menyelesaikan masalah segelintir ibu bapa yang masih enggan membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan imunisasi Covid-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pandangan itu disuarakan oleh pengetua dan guru besar di Kota Tinggi, Johor ketika mengadakan pertemuan dengan mereka hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, warga pendidik terbabit bimbang jika pelajar terbabit dijangkiti Covid-19 dan seterusnya menular kepada kalangan pelajar dan guru yang telah lengkap vaksin.

“Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya mengambil maklum semua perkara yang dibangkitkan.

“Saya menjelaskan kerajaan setakat ini tidak mewajibkan pengambilan vaksin dan isu ini boleh ditangani dengan cara memperbanyakkan sesi penerangan secara saintifik dan menggunakan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum itu mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 warga pendidik terdiri daripada pengetua dan guru besar serta pimpinan Persatuan Ibu Bapa Guru (PBIG) sempena Majlis Dialog Pengerusi MPN Bersama Warga Pendidik di Kota Tinggi, Johor.

Advertisements

Muhyiddin berkata, selain isu vaksin, mereka turut membangkitkan tentang keupayaan kerajaan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di sekolah serta cabaran guru dalam era pandemik.

Sehubungan itu, Muhyiddin meluahkan keyakinan dan percaya pengalaman mengajar dalam era pandemik Covid-19 menjadikan golongan guru dan pendidik di negara ini sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.

Sementara itu Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu beliau menjelaskan bahawa tindakan segera kerajaan PN dua tahun lalu telah berjaya menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia.

“Salah satu tindakan pantas kerajaan PN ialah menempah bekalan vaksin dan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan hampir 98 peratus warga dewasa sudah menerima vaksin setakat ini,” katanya.

Menurut beliau, langkah berkenaan ternyata berjaya memulihkan kehidupan rakyat dan merancakkan kembali pelbagai sektor kehidupan terutama sektor ekonomi dan sosial negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan