26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

[VIDEO] Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Selangor, KL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat berterusan lebih dua jam mengakibatkan beberapa kawasan termasuk di Selangor dan ibu negara ditenggelami banjir kilat petang ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Twitter, memaklumkan beberapa laluan terjejas termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai.

Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Kesas pula menyebabkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.

LLM turut memaklumkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART berikutan banjir kilat yang melanda.

Ia membabitkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.

“Selain itu, susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras turut ditutup,” ciapnya.

Baca juga:   Isu air Selangor dapat perhatian saintis AS

Dalam pada itu, banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut ditenggelami banjir.

Sementara itu, lebih 50 rumah dikesan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan di sekitar Selangor, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut petang ini.

Baca juga:   MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.

“Bagaimanapun, setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan di lokasi berkenaan.

“Seperti kejadian banjir di Kampung Gombak Batu Arang, kita terima maklumat pada jam 3.34 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dengan satu jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba jam 4.08 petang dan mendapati tiga rumah terjejas, namun tidak dinaiki air. Kedalaman air setinggi 0.3 meter dan air semakin surut,” katanya dalam kenyataan.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan