30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anggaran kerugian akibat banjir baru-baru ini RM6.1 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengalami kerugian sebanyak RM6.1 billion akibat banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Air dan Alam Sekitar (KASA), Datuk Dr Mansor Othman pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian RM6.1 billion bencana banjir yang melanda negara pada 11 negeri bermula Disember lalu merangkumi 0.40 peratus peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jumlah kerugian akibat banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia pada penghujung tahun 2021 dan awal tahun ini bernilai RM6.1 bilion.

Advertisements

“Kerugian merangkumi tempat kediaman, sektor pembuatan, premis perniagaan, kenderaan dan sektor pertanian,” katanya, lapor Kosmo!.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ngar Kor Ming (DAP-Teluk Intan) yang mahu mengetahui jumlah kerugian sebenar yang dialami negara ekoran musibah banjir melanda negara baru-baru ini.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Negara mendedahkan negeri Selangor merekodkan jumlah kerugian terbesar iaitu RM1.0 bilion.

Diikuti Pahang RM425.5 juta dan Melaka RM69.7 juta dalam pembentangan Laporan Khas Impak Banjir Malaysia 2021 Januari lalu.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan