30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MOF umum perincian pengeluaran KWSP dalam masa terdekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) akan mengeluarkan butiran terperinci mengenai pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM10,000 sebagaimana diumumkan hari ini dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkongsikan langkah berkenaan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 sepertimana dituntut oleh pencarum.

Kerajaan sebelum ini telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Dalam persidangan Dewan Rakyat kelmarin, Tengku Zafrul berkata, sekiranya pengeluaran dana ahli KWSP sebanyak RM10,000 dibenarkan, sebanyak 6.3 juta ahli yang layak terlibat sekali gus menyebabkan kemungkinan pengeluaran tambahan berjumlah lebih dari RM63 bilion.

Menurutnya, KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio dan perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu terutamanya dengan krisis Rusia-Ukraine yang berlaku baru-baru ini.

Pada masa sama, kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, sekali gus mengurangkan kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan