29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

35 peratus dewasa belum ambil dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 35 peratus populasi dewasa di negara ini dilaporkan masih belum mengambil suntikan dos penggalak vaksinasi COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dos penggalak adalah cara terbaik bagi melindungi daripada kesan teruk jangkitan COVID-19 seperti kematian, khususnya bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas serta golongan komorbid.

“Berikutan itu, saya menggesa orang ramai supaya segera mendapatkan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada wabak itu,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau di sini.

Laman web COVIDNOW menunjukkan seramai 15,357,069 individu dewasa atau 65.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.

Data juga menunjukkan seramai 22,937,707 orang atau 97.5 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,213,875 orang atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun, seramai 1,197,667 individu atau 33.7 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun, sejumlah 2,839,254 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,938,900 orang atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan kepada rakyat negara ini sebanyak 68,275,177 dos.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan