25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Pengeluaran khas KWSP RM10,000 akhirnya dibenarkan

PM merayu para pencarum agar mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN hari ini akur dengan desakan orang ramai yang mahukan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bagi menampung kehidupan sukar masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun keputusan yang dibuat itu begitu sukar kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun itu adalah jalan tengah bagi mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan.

Walaupun kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu agar pencarum mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” kata beliau dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Baca juga:   Mahathir bimbang Ismail Sabri selamatkan 'kluster mahkamah'

Ia melibatkan 7.34 juta pencarum dengan nilai sebanyak RM101 bilion sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Kata beliau, dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik mendapati ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP tersebut akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

-EDISI9

Baca juga:   PM minta jentera BN siap siaga, PRU-15 bila-bila masa

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan