36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

26,534 kes positif COVID-19, 691 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan 26,534 kes baharu COVID-19 semalam, kembali meningkat berbanding 22,030 kes kelmarin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 3,872,135 sejak pandemik berkenaan berlaku.

Berdasarkan data yang dikeluarkan CovidNow melaporkan bahawa 691 daripada jangkitan baharu COVID-19 adalah kes import manakala baki 25,843 kes merupakan penularan tempatan.

Portal berkenaan turut melaporkan bahawa sebanyak 31,234 pesakit COVID-19 sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh mencecah kepada 3,533,994 kes.

Pada masa ini, terdapat 304,147 kes aktif di negara ini, dengan 293,435 atau 96.5 peratus mematuhi kuarantin di rumah dan 2,123 atau 0.7 peratus dimasukkan ke kemudahan kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Seramai 8,213 pesakit COVID-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital seluruh negara, dengan 376 dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 222 daripada pesakit ICU memerlukan bantuan pernafasan manakala baki 154 tidak memerlukan bantuan pernafasan.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan