31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

BN jadi mangsa kempen ‘mind setting’ dan sentimen buruk PH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa bagi kempen mind setting dan sentimen buruk oleh Pakatan Harapan (PH) selama 18 bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kempen dengan memainkan sentimen memburukkan UMNO dan BN itu telah meracuni sehingga fikiran rakyat terpedaya.

“Kempen mind setting dan sentimen buruk selama 18 bulan oleh PH itulah yang menyebabkan rakyat terpedaya dengan strategi untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU-14 tahun 2018 dahulu.

“Sedangkan semua itu adalah untuk memperdayakan minda rakyat supaya mempercayai segala apa yang mereka perkatakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah melakukan segalanya untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Bersama Jentera BN DUN Pulai Sebatang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Umno Pontian di sini hari ini.

Baca juga:   PRN Johor: Senarai calon Perikatan Nasional

Jelas Mahdzir, janji menggunung PH juga telah menyebabkan rakyat termakan gula-gula manis sehingga segala sistem dan amalan baik untuk rakyat dirosakkan atas nama ‘Rejim Baharu’.

Atas nama Rejim Baharu juga, katanya, PH yang kemudiannya memerintah negara selama 22 bulan telah membatalkan pelbagai projek pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat dan negara.

“Lebih buruk lagi, situasi ekonomi negara dan pelaburan semakin menjunam kesan daripada dasar-dasar PH yang bertentangan dengan asas ekonomi.

Baca juga:   Suami isteri rentung, 7 melecur dalam kebakaran 40 rumah

“Kita dapat melihat situasi jelas dalam kalangan rakyat berdiam diri dan tidak menyanggah apabila kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah.

“Itu adalah petanda bahawa rakyat sememangnya bersetuju bahawa kerajaan PH tidak layak mentadbir negara kerana mereka telah merosakkan sistem dalam negara ini yang dibina oleh BN,” katanya.

Justeru tegas Mahdzir, rakyat di Johor diingatkan agar tidak terpedaya sekali lagi dengan segala dakyah PH dalam setiap kempen pada PRN Johor yang bermula hari ini.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan