36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Annuar saran parti politik mudahkan kerja pengamal media

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyarankan kepada parti-parti politik supaya sentiasa memudahkan kerja pengamal media ketika bertugas membuat liputan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Selain membuat jadual kempen yang teratur, parti politik juga perlu menyediakan tempat yang luas bagi media menjalankan tanggungjawab mereka.

“Tempat yang sesuai perlu disediakan untuk sebarang sidang media. Elakkan membuat liputan di kawasan yang sempit, tidak mengamalkan penjarakan.

“Petugas media terpaksa membuat tugas mereka. Walaupun tidak disediakan tempat mereka akan jalankan kerja mereka,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Sementara itu Annuar turut menegaskan media tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang apabila melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Katanya, tidak ada sesiapa pun dikecualikan dan SOP pencegahan COVID-19 telah lama diwartakan.

“Kita dengar hari itu misalnya perdana menteri kena bayar kompaun. Hari itu kita dengar menteri kuatet yang bertanggungjawab tentang SOP dikenakan kompaun.

“Pengamal media juga tidak terkecuali dan anggap perkara itu sebagai satu peringatan bahawa SOP itu perlu dilaksanakan oleh semua orang.

“Dengan itu, semua pihak perlu menghormati undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

“Saya rasa tidak terlalu sukar untuk kita mematuhi SOP kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu,” kata Annuar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media Jabatan Penerangan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dua pengamal media yang dikenakan kompaun dan diberikan amaran terakhir kerana melanggar SOP ketika membuat liputan Hari Penamaan Calon PRN Johor.

Terdahulu, media melaporkan seorang wartawan akhbar berbahasa Cina menjadi petugas media pertama yang membuat liputan PRN Johor dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melanggar SOP.

Wartawan berkenaan, Wan Kiang Yong, 42, dikenakan kompaun RM1,000 ketika membuat liputan penamaan calon di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di sini, pada Sabtu.

Kompaun berkenaan dikenakan kepada wartawan itu ketika beliau sedang menemuramah seorang calon Bebas yang baharu tiba di kawasan itu untuk proses penamaan bertanding di DUN berkenaan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan