26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UiTM tangguh konvokesyen ekoran peningkatan kes Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan majlis konvokesyennya yang ke-93 yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan kepada Jun hingga Julai ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, penangguhan itu melibatkan 27,287 graduan di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.

“Penangguhan ini juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa.

Advertisements

Ujar Roziah, pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi yang di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.

“Pihak UiTM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my.

“Boleh juga menghubungi Aminah Aman di talian 0355443110 atau Rozani Mohd Noh menerusi 0355443114,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan