29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

8.2 peratus populasi kanak-kanak telah terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POPULASI kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 terus meningkat apabila sebanyak 289,912 atau 8.2 peratus, sehingga semalam.

Semalam saja, sebanyak 42,659 dos harian diberikan kepada kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data laman web COVIDNOW, populasi keseluruhan penduduk yang sudah mendapatkan dos penggalak ialah seramai 13,607,475 atau 41.7 peratus.

Manakala penduduk sudah lengkap vaksinasi ialah seramai 25,737,748 atau 78.8 peratus.

Semenatar itu, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa tidak menunjukkan perubahan ketara apabila kekal berada pada peratusan 97.5 peratus sudah mendapatkan dos lengkap dan 98.7 peratus sekurang-kurangnya satu dos, sejak kelmarin.

Begitu juga kadar vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di mana ia kekal berada pada peratusan yang sama iaitu 89.9 peratus sudah lengkap vaksinasi dan 92.5 peratus sudah mendapatkan satu dos vaksin.

Bagaimanapun, tiada kematian dicatatkan semalam.

Dalam pada itu, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (RT) COVID-19 di negara ini terus menurun pada paras 1.32 berbanding 1.33, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Labuan iaitu 1.96, diikuti Sarawak (1.56), Sabah (1.51), Pulau Pinang (1.41) dan Kedah (1.40).

Negeri lain iaitu Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu mencatatkan 1.36, Perlis (1.35), Selangor (1.33), Kuala Lumpur dan Pahang (1.30), Johor (1.28), putrajaya (1.25), Perak (1.24) dan Melaka (1.21).

Semalam, media melaporkan kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 27,831 kes baharu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan