Wednesday, July 22, 2026

Kes aktif terus meningkat, 202,884 kes dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif terus mencatatkan peningkatan dengan semalam melepasi angka 200,000 iaitu sebanyak 202,884 kes dilaporkan.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, ia melibatkan 190,268 kes dikuarantin di rumah, 5,505 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 6,907 kes di hospital, 88 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 116 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, 21 kes kematian COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,180 kes.

Terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,516 kes.

“Kesemua kematian COVID-19 tersebut dilaporkan di Sabah (9), Johor (4), Perak (4), Kedah (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1),” menurut maklumat tersebut di sini hari ini. -Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan