25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PM sembah tahniah Agong, Permaisuri dikurnia dua cucunda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.

Ismail Sabri berkata, kedua-dua cucunda iaitu Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad pula, semalam.

“Patik mendoakan kedua-dua cucunda serta bonda mereka dirahmati dan dalam perlindungan Allah SWT serta sihat walafiat,” kata Perdana Menteri hari ini.

Sebelum itu, Istana Negara menerusi Facebook berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka berdua yang selamat diputerakan, baru-baru ini.

Menurut Istana Negara, Tengku Nuh Muhammad Shah adalah anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Manakala Tengku Aleya Norlini pula adalah anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Rata-rata warganet turut menyampaikan sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda dan Permaisuri atas kelahiran kedua-dua cucunda Baginda.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan