29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lulus tender RM31,629: Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka semalam menahan seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan selepas disyaki menerima rasuah, apabila meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.

Menurut sumber, suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang Khamis ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.

Suspek didakwa menerima rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di sini antara 2017 dan 2019, dan difahamkan suspek menerima sebahagian daripada nilai itu atas tujuan peribadi.

Sementara itu Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Katanya suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini untuk pertuduhan. – Bernama

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan