29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Lebih 115,000 kanak-kanak di Kelantan akan terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 115,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang berdaftar akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Kelantan bermula 14 Februari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu pihaknya menyasarkan 50 peratus iaitu 45,874 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksinasi tersebut.

“Setakat ini sebanyak 464 sekolah rendah telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), namun jumlah akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekiranya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersetuju untuk membenarkan sekolah-sekolah terbabit digunakan sebagai PPV.

“Pihak JPN juga telah mengedarkan borang persetujuan untuk menerima vaksin kepada murid-murid sekolah dan penjaga dan sebahagiannya telah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya oleh pihak kami,” katanya lapor Bernama.

Menurut Dr Zaini, bilangan yang berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera tidak begitu ramai kerana kebanyakan kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun telah berdaftar dengan pihak sekolah.

Baca juga:   Tunku Azizah ziarah pasangan kembar siam pramatang

“Oleh itu, kita sasarkan 80 peratus iaitu 91,748 kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun untuk menerima vaksin ini daripada jumlah keseluruhan murid-murid yang direkodkan iaitu 114,685 orang,” katanya.

Dr Zaini berkata mengikut data Jabatan Perangkaan 2021, anggaran populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Kelantan adalah 168,023 orang.

Baca juga:   Orang lain buat dewan, DAP pula ubah suai pejabat

PICKids adalah program vaksinasi kanak berusia lima hingga 11 tahun yang dilancarkan pada 3 Februari lalu menggunakan vaksin jenis Comirnaty keluaran PfizerBioNTech.

Wartawan

Terkini

MTUC akan bantu bekas warga Utusan, desak kerajaan campur tangan

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan komitmen untuk membantu bekas pekerja-pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang diberhentikan kerja bagi menuntut...

Lagi Artikel Berkaitan