26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

170,000 penuntut UiTM kembali ke kampus 27 Mac

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 170,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadualkan kembali ke kampus universiti itu mulai 27 Mac depan.

Kemasukan sesi pengajian semester II 2021/2022 itu akan bermula di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu manakala 28 Mac bagi negeri-negeri lain.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pihaknya menerusi Majlis Eksekutif Universiti meluluskan pelaksanaan kemasukan semula pelajar itu secara berperingkat pada bulan depan.

Katanya, keputusan membabitkan sesi pengajian Mac hingga Ogos depan itu berdasarkan Pelan Tindakan Perkuliahan Open and Distance Learning (ODL) 5.0.

“Pengajaran dan pembelajaran akan terus dilaksanakan secara hibrid manakala pelajar berkeperluan diutamakan untuk ke hadir ke kampus.

Ia mengikut kategori pelajar dan kesesuaian kapasiti semua ruang persekitaran kampus termasuk kolej,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Roziah, semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melibatkan pelajar di kampus akan sentiasa dipantau bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Baca juga:   Hadiah RM500,000 menanti belia, remaja

“Aspek keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan UiTM dalam memastikan proses kemasukan dan keberadaan pelajar dirancang dengan teliti.

“Justeru, kita akan mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai tatacara dan jadual kemasukan bagi Pelan Tindakan Perkuliahan ODL 5.0 dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan bahawa para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali semula ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

Baca juga:   UiTM di kedudukan 105 QS Asia University Rankings

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang memperhalusi cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung kemasukan pelajar ke IPT meliputi universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

Sehubungan itu, KPT telah mengeluarkan kenyataan dengan memberi kelonggaran kepada universiti untuk menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dibuat secara hibrid atau dalam talian.

Kementerian itu berkata, IPT berkenaan perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan mematuhi SOP PdP yang ketat. -Edisi 9

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan