27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

KPM buka bilik gerakan banjir pusat peperiksaan SPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.

“KPM telah membuka bilik gerakan banjir dan Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Radzi turut memohon untuk sama-sama me doakan semoga banjir tidak berlanjutan.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.

SPM 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac ini membabitkan seramai 401,927 calon peperiksaan di seluruh negara.

Baca juga:   KPM ambil tindakan sewajarnya selesai isu guru COS

Bagaimanapun, situasi banjir luar jangka di Pantau Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu mula berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kemenangan PN bukti rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN

PERIKATAN Nasional (PN) menganggap kemenangan calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti...

Lagi Artikel Berkaitan