28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong titah rakyat ambil vaksin, dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat yang belum mendapatkan vaksinasi COVID-19, termasuk dos penggalak agar berbuat demikian.

Baginda bertitah, ini bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik tersebut daripada terus menular.

“Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik COVID-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi COVID-19 yang digariskan kerajaan beta,” titah Seri Paduka.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Advertisements

Pada majlis itu, baginda mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 263 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat Malaysia perlu bersama-sama mengulangi iltizam untuk terus mengeratkan perpaduan dan menghindari perpecahan.

“Sesungguhnya asas kekuatan sebuah negara adalah ikatan perpaduan dan semangat seia sekata dalam menjunjung prinsip Rukun Negara.

“Ini adalah demi memastikan kedaulatan tanah tumpahnya darah ini terus terpelihara,” titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan