32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

137 terkorban, 316 cedera serangan Rusia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Volodymyr Zelensky berkata, seramai 137 warga Ukraine terkorban dan 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dengan Rusia.

“Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam,” kata Zelensky yang dipetik AFP pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi Khamis.

Interfax Ukraine melaporkan, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.

Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Rusia.

Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur. – AFP

Baca juga:   Bunuh ahli keluarga, polis buru adik mangsa


Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan