30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rekod baharu lagi, 32,070 kes harian COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA terus merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 dengan semalam sebanyak 32,070 kes dilaporkan, sekali gus tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda.

Kelmarin kali pertama negara mencatatkan rekod baharu kes harian dengan 31,199 kes dilaporkan, manakala jumlah kumulatif COVID-19 setakat ini sebanyak 3,315,686 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada jumlah kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 209 kes adalah kes import.

Mengikut pecahan negeri-negeri, kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,458 kes), Sabah (4,892 kes), Johor (2,699 kes), Kedah (2,579 kes), Pulau Pinang (2,575 kes), Kuala Lumpur (2,100 kes), Negeri Sembilan (1,840 kes) dan Kelantan (1,746 kes).

“Seterusnya, Pahang (1,647 kes), Perak (1,552 kes), Melaka (888 kes), Terengganu (852 kes), Labuan (444 kes), Sarawak (416 kes), Perlis (262 kes) dan Putrajaya (120 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Advertisements

Dalam masa sama, terdapat 46 kes kematian dilaporkan dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,534 kes.

Manakala, sebanyak 17 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,646 kes.

Sebanyak 286,521 kes aktif dilaporkan melibatkan 273,799 kes dikuarantin di rumah, 4,356 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 8,039 kes di hospital, 126 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 201 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan