23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

UMNO Libaran, penduduk baiki jambatan gantung usang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO Libaran dan penduduk kampung mengambil inisiatif bergotong-royong membaiki jambatan gantung usang yang tular kerana membahayakan keselamatan murid di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan, Sabah.

Gotong-royong itu dilaksanakan semalam dengan diketuai oleh Ketua UMNO Libaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir.

Suhaimi yang berkongsikan perkara menerusi Facebook beliau menyatakan, tindakan segera diambil sejurus kisah keadaan jambatan itu didedahkan media, semalam.

“Alhamdullilah, atas insiatif UMNO Bahagian Libaran dan penduduk kampung, kerja gotong-royong membaik pulih jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah Batu 10 yang viral semalam telahpun dapat dimulakan dan disiapkan untuk digunakan dalam keadaan yang lebih baik dan selamat oleh penduduk sekitarnya,” katanya.

Tambah Suhaimi lagi, keadaan jambatan berkenaan sudah diberikan perhatian sebelum ini dan tindakan awal sudah diambil bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menilai kos pembaikan.

Baca juga:   SPR akan kenakan SOP ketat PRN Melaka

“Untuk pengetahuan semua pada 28 November lalu saya dan Mokran Ingkat (ADUN Sungai Manila) membuat lawatan kerja bersama pihak MPS yang turut dihadiri Timbalan Presidennya, Faridah Giau dan jurutera MPS.

“Hasil daripada lawatan itu, MPS bersetuju untuk melaksanakan kerja pembaikan selepas pengiraan kos anggaran dan peruntukan dikeluarkan untuk melantik kontraktor.

“Saya akan berusaha sebaiknya agar kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jambatan dapat dijalankan secepat yang boleh untuk keselesaan dan keselamatan penduduk sekitar,” katanya.

Baca juga:   Sebar agama lain kepada umat Islam dilarang Perlembagaan

Semalam, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan kementeriannya telah memberi perhatian mengenai perkara berkenaan.

“Pejabat KPLB Sabah juga telah turun ke lapangan untuk membuat siasatan dan akan mengemukakan laporan terperinci termasuk kos untuk pelaksanaan dan kerja-kerja pembaikan akan dimulakan pada minggu ketiga bulan ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan