25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jambatan gantung di Sandakan akan dibaiki segera – Mahdzir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAMBATAN gantung usang yang terpaksa dilalui murid dan pelajar sekolah di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan, Sabah bakal dibaiki segera bagi selewat-lewatnya bermula minggu ketiga bulan ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya telah memberi perhatian mengenai perkara berkenaan.

“Pejabat KPLB Sabah juga telah turun ke lapangan untuk membuat siasatan dan akan mengemukakan laporan terperinci termasuk kos untuk pelaksanaan.

“Kementerian komited memastikan projek ini dilaksanakan dengan segera demi manfaat masyarakat setempat.

Advertisements

“Langkah awal pelaksanaan dijangka bermula minggu ketiga Januari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar memaparkan beberapa pelajar dan murid sedang melalui jambatan gantung usang yang membahayakan keselamatan di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan ketika hari pertama sesi persekolahan penggal tiga 2021 / 2022, semalam.

Gambar yang dirakam jurugambar Bernama itu menunjukkan keadaan jambatan gantung terbabit yang usang dengan bahagian lantainya sudah hilang, manakala sebahagian jaring besi turut berlubang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan