34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

47 kes positif, 164 kontak rapat cetus Kluster Pulai Perdana Tiga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 47 kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru dengan 164 kontak rapat sekaligus menyebabkan tercetusnya Kluster Pulai Perdana Tiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, 164 kontak rapat sedang menunggu keputusan saringan yang dijalankan, Ahad lalu.

Katanya, kluster itu dikesan hasil saringan bersasar yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) pada 6 Januari lalu berikutan terdapat beberapa jemaah masjid yang positif selepas melakukan saringan kendiri.

“Semua kes positif sudah diisolasi dan kontak rapat kes yang dikenal pasti menjalani pengasingan di rumah.

“Fasiliti umum yang berpotensi untuk menjadi tempat penyebaran seperti masjid dan sekolah di dalam kawasan terbabit juga dikenal pasti dan ditutup buat sementara waktu bagi siasatan serta pengesanan kes secara berterusan.

Advertisements

“Jabatan Kesihatan mengingatkan kepada penduduk supaya mematuhi perintah kuarantin yang dikeluarkan kerana kegagalan mematuhi boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Pengawalan Penyakit 1988 dengan kompaun tidak melebihi RM1,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam, terdapat 278 kes dilaporkan yang mana 44 kes (15.8 peratus) daripada kluster aktif dan kluster baharu di Johor, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 248,419 kes di seluruh negeri ini.

Katanya, sehingga semalam, kumulatif kluster aktif di Johor adalah sebanyak 25 kluster meliputi 11 kluster adalah penularan dalam industri, komuniti (5 kluster), institusi (4 kluster), Import A (2 kluster), selain masing-masing satu kluster iaitu pasaraya, pusat jagaan dan tahanan.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mesej yang tular berkaitan pewartaan seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu berkata, tindakan kawalan dalaman dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Daerah Johor Bahru berikutan pelaporan 47 kes positif membabitkan Kluster Pulai Perdana Tiga.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan