26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2 jabatan PDRM digerak bongkar kegiatan jual sijil vaksin palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA jabatan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menyiasat dan membongkar sebarang kegiatan penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 dalam kalangan pengamal perubatan di negara ini.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berikutan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan penjualan sijil vaksinasi tanpa memberi suntikan imunisasi berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan melakukan risikan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kegiatan seumpama itu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara ini.

“Setakat ini, PDRM menerusi Polis Kontinjen Terengganu, telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti serta menahan seorang individu di Marang, berkaitan penawaran sijil vaksinasi yang palsu.

Advertisements

“Kita belum pasti sama ada perkara sama berlaku di negeri lain, namun siasatan dan risikan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Program Pendidikan dan Kemahiran Awal Murid Autisme di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Acrly berkata, isu berkenaan wajar dipandang serius dan harus ditangani secara menyeluruh kerana ia menghalang usaha kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.

“Kita tidak mahu melihat langkah kerajaan untuk membendung wabak ini terhalang dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semalam, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini, hanya satu kes disyaki penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 dikesan.

Suspek merupakan seorang pengamal perubatan berusia 51 tahun yang ditahan di Marang kerana disyaki menjalankan kegiatan penjualan sijil vaksinasi tanpa memberi suntikan imunisasi berkenaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan