34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiga kelemahan pengurusan bencana negara dikenal pasti – PM

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, kerajaan telah mengenal pasti tiga kelemahan ketara dalam pengurusan bencana hasil kejadian banjir luar biasa yang melanda negara, khususnya di Selangor pada bulan lalu.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga aspek tersebut iaitu pemahaman terhadap arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), perintah dan kawalan serta pengurusan maklumat dan bencana.

“Saya berpandangan bahawa masih terdapat kelemahan dari segi pemahaman dalam kalangan agensi-agensi berkaitan di peringkat Pusat, negeri dan daerah serta badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan tanggungjawab mereka di bawah Arahan MKN No. 20 di peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan laporan bencana banjir baru-baru ini dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Menurut Ismail Sabri, dari segi perintah dan kawalan pula, ketiadaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di negeri dan daerah menyukarkan koordinasi secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.

Sumber: Kementerian Pertahanan

Katanya, kerjasama rapat pelbagai pihak seperti kerajaan negeri dan kerajaan tempatan penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana negara pada tahap optimum.

Tambah beliau, struktur organisasi sedia ada juga membataskan keupayaan NADMA untuk menyelaras tindakan pengurusan bencana yang melibatkan penduduk setempat, NGO-NGO dan kerajaan tempatan.

Advertisements

“Kekangan ini menyebabkan NADMA tidak dapat menguruskan bencana secara terus di peringkat negeri dan daerah,” kata beliau.

Beliau berkata, pada masa ini, pengurusan bencana negara juga masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konvensional dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Situasi itu jelas Perdana Menteri, menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, pembuatan keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara sedangkan pengurusan bencana sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Sehubungan itu, kata beliau, penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan tepat kepada agensi-agensi tindak balas dan mangsa-mangsa banjir masih perlu diperbaiki.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut, beliau telah mengarahkan agensi yang bertanggungjawab agar mempercepatkan pembangunan Fasa Kedua Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB).

Katanya, PRAB yang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meliputi 38 lembangan sungai utama seluruh negara itu bagi membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.

“Pengerusi dan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap peringkat perlu mahir dan memainkan peranan masing-masing selaras dengan Arahan MKN No. 20.

“Sudah tiba masanya kita juga memperkasa peranan dan sumbangan organisasi masyarakat sivil (CSO) dalam pengurusan bencana serta mengalu-alukan penglibatan mereka.

“Penglibatan CSO secara terselaras dapat melancarkan lagi proses penyampaian bantuan kepada mereka yang terjejas,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan