24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

IPU di SJKT Ladang Byram tidak sihat – JAS

Susulan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang masih terbakar sejak Rabu lalu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengesan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram, Nibong Tebal berada dalam julat tidak sihat ketika mengadakan pemantauan kualiti udara, semalam.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemantauan kualiti udara itu dilakukan bagi mengenal pasti gas dan parameter pencemar yang wujud dengan mod cerapan setiap 30 saat.

Beliau berkata, pemantauan turut dilakukan di tujuh lokasi membabitkan SRJKT Ladang Changkat, Sekolah Kebangsaan (SK) Keledang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SK Methodist, Dewan MPKK Changkat, Surau Al Mustaqim, Bandar Cassia dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Saujana Indah.

“Dalam pada itu, pengukuran gas di SJKT Ladang Byram masih berlangsung dari awal pagi hingga kini yang mana IPU di situ menunjukkan berada dalam julat tidak sihat iaitu 112 (parameter dominan habuk halus pm 2.5),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Ebit Lew sedia penginapan percuma untuk waris pesakit di IJN, HKL

Sharifah Zakiah berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan di lokasi berkenaan sehingga pemadaman selesai dan bacaan kualiti udara yang stabil diperolehi.

Semalam, tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal diisytihar sebagai kawasan bencana tahap satu berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20.

Ia selepas kawasan kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan mencemari kawasan sekitar dan berisiko terhadap kesihatan.

Baca juga:   Ebit Lew sedia penginapan percuma untuk waris pesakit di IJN, HKL

Terdahulu, tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.19 hektar dilaporkan terbakar dalam kejadian jam 4.43 petang Rabu minggu lalu dan ia masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya hingga hari ini.

Operasi pemadaman kini giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menggunakan kaedah pengeboman air.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan