28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RFID : MyCC tumpu usaha pantau PLUS, TNG

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Persaingan (MyCC) akan menumpukan usaha memantau secara konsisten perkembangan pelaksanaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go (TNG) selaras peranannya memperjuang dan mempromosikan persaingan bagi kepentingan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, pihaknya telahpun mengadakan perjumpaan dengan PLUS dan TNG pada Isnin lalu bagi mendapatkan pemahaman lebih lanjut dan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan RFID di sepanjang Lebuhraya PLUS.

Beliau berkata, meskipun MyCC mengalu-alukan inovasi seperti pengenalan RFID dalam sistem kutipan tol, namun pihaknya percaya bahawa pelaksanaan sistem itu perlu dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai objektifnya.

“Berikutan terdapatnya peningkatan aduan pengguna mengenai isu berkaitan pelaksanaan RFID di seluruh Lebuhraya PLUS, MyCC turut berkongsi penilaian dan kebimbangannya dalam mesyuarat yang sama termasuk memberikan akses kepada platform pembayaran lain bagi pembayaran tol, bukan saja melalui kad debit atau kad kredit tetapi juga sistem e-wallet yang lain,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan mengambil kira tanggungjawab khas yang ada pada kedua-dua perusahaan dominan ini dalam pasaran relevan, MyCC akan terus memantau keadaan dari masa ke semasa dan apabila sebarang isu persaingan dikenal pasti, Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan.

“Seterusnya, adalah penting untuk diingatkan bahawa pasaran berkaitan inovasi boleh mewujudkan ketidakpastian.

Advertisements

“Justeru, MyCC akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan perubahan ini sentiasa memberi manfaat terbaik kepada semua pengguna,” katanya.

Sebelum ini, PLUS mengumumkan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 10 malam, Sabtu lepas. 

Sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID diperluas bagi menjanjikan satu perjalanan yang senang, selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya. 

Dianggarkan lebih 10 juta kenderaan di jalan raya bakal beralih kepada penggunaan RFID dengan setiapnya perlu membayar caj RM35 yang dikenakan untuk setiap kenderaan.

Bagaimanapun, pergerakan ribuan kenderaan di beberapa Plaza Tol Lebuh Raya Utara-Selatan terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di kedua-dua hala apabila sistem teknologi RFID itu dipercayai tidak berfungsi dengan baik. 

Ini kerana aliran trafik bagi lorong yang menggunakan sistem RFID terganggu apabila sistem tersebut tidak dapat mengesan kenderaan pengguna sehingga menyebabkan barisan menjadi panjang.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan