28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Isu Azam Baki : Usul bahas ditolak, tidak dibincang hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU pembelian saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak dibincangkan dalam sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. 

Perkara tersebut diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan  Harun selepas tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat. 

“Saya akui terima usul tersebut dua hari lepas dan telah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak dalam  aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat.

“Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas dibawah kuasa mutlak dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut.

“Justeru,  kita mesti menjalankan prosiding hari ini mengikut agenda yang ditetapkan,” katanya.

Advertisements

Terdahulu usul bagi membahaskan kontroversi mengenai pemilikan saham Azam Baki yang membanteras rasuah telah ditolak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayob dan turut disokong beberapa ahli parlimen lain termasuk Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) dan Gbind Singh Deo (PH-Puchong).

Beliau berbuat demikian di bawah Peraturan 18 (1)(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat berkenaan usul berkepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.

“Pada pagi 6 Januari bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengambil tanggungjawab membawa isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan oleh penjawat tertinggi SPRM.

“Saya harap usul yang penting ini dapat diterima dan dibahas di Dewan Persidangan bukan dalam Kamar Khas kerana isu ini sangat menyentuh persoalan integriti seorang penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dalam kalangan rakyat awam,” katanya Salahuddin dalam kenyataan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan