26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

NADMA bakal ditubuhkan di peringkat negeri, daerah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di kawasan tersebut dapat dimaksimumkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, hal itu turut diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Disember tahun lalu.

“Berhubung keputusan Jemaah Menteri bertarikh 22 Disember 2021 supaya diteliti semula struktur Nadma untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pengurusan bencana negara, perkara ini sedang dalam tindakan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Antara perkara yang diteliti adalah pewujudan NADMA di peringkat negeri dan daerah,” katanya di Dewan Rakyat di sini, lapor Kosmo Online.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, meskipun sistem pengurusan bencana negara adalah komprehensif dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa, namun daripada segi implementasi di peringkat negeri dan daerah masih perlu diperbaiki.

Baca juga:   Hampir semua negeri catat peningkatan kes Covid-19

“Antaranya ialah pengerusi pengurusan bencana negeri dan daerah perlu menggerakkan jentera-jentera di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat masing-masing supaya sentiasa berwaspada dengan situasi semasa.

“Pengurusan bencana sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat lapangan.

“Pada masa ini, pengurusan bencana negara masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa,” jelasnya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, membuat keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara.-Edisi 9

Baca juga:   NADMA, agensi menyelamat mula pindah mangsa banjir - PM

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan