24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Veteran ATM kini berpeluang ceburi kerjaya ekonomi gig

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARA veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berpeluang menceburi kerjaya ekonomi gig apabila program mengenainya dilancarkan hari ini.

Program Kerjaya Ekonomi Gig yang dibuka kepada kalangan veteran ATM itu bagi meningkatkan taraf sosioekonomi pesara tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, konsep gig yang diamalkan secara meluas di negara ini boleh dimanfaatkan kepada veteran ATM melalui inisiatif dan kepakaran yang sedia dimiliki.

Program tersebut turut melibatkan rakan strategik iaitu sebuah syarikat keselamatan, Code 7 Tech Sdn Bhd (Code 7) dan dijangka akan memanfaatkan lebih 128,000 veteran, yang berusia 60 tahun ke bawah.

Menurutnya, melalui kerjasama strategi bersama Code 7, veteran akan ditawarkan tangga gaji yang lebih menarik selain masa yang lebih fleksibel.

“Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kedua kepada golongan veteran yang mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam keselamatan.

“Ini juga membuka peluang kepada mereka yang terkesan dengan pasca pandemik Covid-19 untuk menambah pendapatan,” katanya ketika sidang media selepas majlis tersebut hari ini.

Advertisements

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Code 7, Datuk Patrick Ong.

Tambah Ikmal lagi, mengenai tangga gaji, pesara tentera akan memperoleh manfaat gaji sebanyak RM7.80 sejam serta dibayar setiap dua minggu sekali.

“Mengenai skop kerja pula, kebanyakannya membabitkan sektor keselamatan dan perkhidmatan mereka akan diperoleh oleh orang awam apabila melanggan melalui aplikasi yang disediakan.

“Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan veteran seperti mengawal atau memeriksa kediaman, veteran ini akan sampai dan menerima bayaran atas perkhidmatan mereka,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini, seramai 204,156 orang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan 104,845 berpencen, manakala 73,835 adalah veteran tidak berpencen.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan