25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia masih belum iktiraf Taliban – Saifuddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia setakat ini belum lagi mengambil pendirian untuk mengiktiraf pentadbiran Taliban yang menguasai kerajaan baharu Afghanistan sejak 15 Ogos tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata, tumpuan Malaysia ketika ini ialah meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara Asia Tengah itu yang terjejas.

“Kita belum lagi iktiraf Taliban walaupun ramai orang nampak banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia datang ke sana bagi hulur bantuan kepada rakyat Afganistan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dengan media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 bersama ketua-ketua jabatan dan bahagian kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Saifuddin berkata, Malaysia proaktif membantu warga Afghanistan sejurus selepas Kabul ditawan semula Taliban malah NGO negara ini antara terawal memasuki negara itu.

Menurutnya, sekiranya mahu Afghanistan diiktiraf, Malaysia hanya akan berbuat demikian menerusi cara platform antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bukan perlu bertindak secara bersendirian.

Advertisements

Bagaimanapun menurut beliau, Malaysia tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan itu bahkan akan mengambil kira banyak pertimbangan daripada pelbagai sumber berwibawa.

“Contohnya pelantikan Pengerusi Global Peace Mission, Datuk Ahmad Azam Ab. Rahman selaku Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan di Wisma Putra sejak tahun lepas. Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu ialah Pesuruhjaya Hak Asasi di OIC dan NGO tersebut menjadi penyelaras segala penyaluran bantuan dari negara ini ke Afghanistan.

“Ia susulan kejayaan Persidangan Kuala Lumpur Mengenai Afghanistan yang diadakan secara maya pada 26 September lalu bagi mendapatkan input perkembangan semasa negara itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun Afghanistan ada kedutaan di Kuala Lumpur, Malaysia tiada kedutaan di Kabul dan segala urusan diplomatik ditauliah kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan