33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Perayaan: Jangkitan COVID-19 mungkin meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka kembali meningkat menjelang sambutan perayaan utama, sekiranya orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter menegaskan, jumlah kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam, esok dan Tahun Baharu Cina yang disambut awal bulan depan. 

Beliau berkata, meskipun rakyat Malaysia dilihat berjaya memastikan penularan COVID-19 kekal terkawal selepas sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022, beliau mengingatkan orang ramai kekal mematuhi SOP.

“Khususnya dalam pemakaian pelitup muka dalam memastikan jangkitan COVID-19 kekal terkawal.

“Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan COVID-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu meskipun berdepan Omicron.

“Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

“Jadi, sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan dan menjalani kuarantin).

“Maklumkan kepada kontak rapat jika positif dan dapatkan rawatan segera, aktifkan MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Isu kalimah Allah tidak boleh dipandang remeh – Tunku Ismail

ISU kalimah Allah pada stoking yang dijual oleh rangkaian kedai serbaneka tidak boleh dipandang remeh, titah Pemangku Sultan Johor,...

Lagi Artikel Berkaitan