31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kejadian puting beliung bersifat setempat – MetMalaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN puting beliung yang berlaku di daerah Ipoh, Perak adalah berpunca daripada pembentukan awan ribut petir yang bersaiz sangat kecil tetapi kuat.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian seperti ini yang bersifat setempat, bersaiz sangat kecil dan meningkat intensiti dengan sangat cepat serta amat sukar untuk diramal

“Berdasarkan kepada imej radar dan satelit, beberapa tompok awan hujan yang kecil telah mula terbentuk di sempadan Perak dan Pahang pada pukul 5.50 petang kelmarin.

“Tompokan awan juga tidak berkembang dengan ketara, namun awan hujan bersaiz kecil di daerah Kinta telah meningkat kepada intensiti kuat dalam tempoh yang sangat singkat sekitar pukul 6.20 hingga 6.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Kosmo.

Tambah Helmi, kejadian puting beliung yang melanda di daerah tersebut tidak menunjukkan pembentukan awan aktif di sekitarnya.

Advertisements

Sehubungan itu, Helmi turut memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan Negeri Perak bermula pada pukul 3.40 petang pada hari yang sama.

“Amaran Ribut Petir yang dikeluarkan telah dikemas kini pada pukul 6.55 petang petang semalam dan 7.55 malam tadi yang melibatkan beberapa daerah di Perak, berdasarkan maklumat dan analisa cuaca terkini dan telah disebarkan melalui pelbagai medium sebaran rasmi MetMalaysia,” ujarnya.

Terdahulu, lebih 300 buah rumah di sekitar bandar Ipoh, Perak rosak akibat ribut dan puting beliung, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 hingga 6.30 petang itu juga menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan