27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Contohi konsep ‘Saemaul Undong’ untuk majukan kampung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INSTITUSI Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mencontohi konsep Saemaul Undong di Korea Selatan untuk memajukan kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, konsep itu yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee pada tahun 1970, berjaya membawa perubahan besar di kawasan luar bandar negara itu.

“Saya suka mengambil contoh apa yang dilakukan di Korea Selatan itu yang berjaya melakukan transformasi kawasan luar bandarnya menerusi konsep Saemaul Undong.

“Mereka telah mengubah semua kampung-kampung dari atap jerami gandum kepada atap genting dan juga membaik pulih rumah, melatih ketua-ketua kampung dengan istilah membina satu negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dalam Pengendalian Komuniti serta Pembangunan Daerah Padang Terap, di Langkawi, hari ini.

Mahdzir Khalid menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Jelas Mahdzir, Korea Selatan telah membuktikan peranan besar ketua kampung dengan berjaya mengubah lanskap dan kehidupan masyarakat luar bandarnya dalam tempoh 10 tahun antara 1970 hingga 1980.

“Dalam fasa itu, Korea Selatan berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi pembinaan sebuah negara bangsanya menerusi Saemaul Undong yang membawa maksud ‘Gerakan Kemajuan Baharu’,” katanya.

Advertisements

Pada tahun 2013, mereka sekali lagi melakukan transformasi menerusi cogankata ‘Kami Menguasai Dunia’ dengan pelbagai jenama peralatan elektronik yang dieksport dan digunakan di seluruh dunia seperti telefon bimbit jenama Samsung dan kereta jenama KIA.

“Mereka dari bangsa yang miskin selepas perang, 50 tahun Korea Selatan membangun menjadi sebuah negara hebat.

“Hari ini tuan-tuan dalam 50 tahun, tuan-tuan menjadi ketua, apa yang kita hendak angkat di kampung-kampung menjadi status lebih daripada apa yang ada hari ini, maka kita hendak tengok apa yang kita boleh buat,” katanya.

Tambah beliau, ketua-ketua kampung, JPKK dan JKKK hari ini perlu mempunyai data lengkap berkaitan kampung selain perlu merangka program yang bersesuaian untuk masyarakat di bawah pimpinannya.

“Dalam kepimpinan zaman ini, tuan-tuan menjadi ketua JPKK, apa yang kita nak adalah data. Apa dia data? Dalam kampung saya ada 112 rumah, anak-anak kampung sudah ada di universiti 16 orang, 4 orang di luar negara dan 12 di univerisit tempatan, yang sudah bekerja di Kuala Lumpur, Pulau Pinang 38 orang, 20 sudah berkahwin, ada tak data tersebut pada kita? Sebagai Ketua Kampung, data-data itu yang diperlukan,” kata Mahdzir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan