24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

44 pelajar sekolah asrama perempuan positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 44 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh perempuan di Jalan Telipot, Kota Bahru di sini disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kluster membabitkan pelajar terbabit diisytihar sebagai Kluster Embi Telipot pada 14 Januari lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan, seramai 256 orang kontak rapat kepada pelajar tersebut dikenal pasti setakat ini.

“Kesemua kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin, selain dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu.

Advertisements

“Seramai 44 pelajar dikesan positif COVID-19 sehingga semalam dan kesemua mereka membabitkan pelajar asrama sekolah itu,” katanya, lapor Kosmo Online.

Menurut Zaini, Pejabat Kesihatan Kota Bharu mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula hari ini sehingga 25 Januari depan.

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan kes jangkitan di sekolah tersebut berpunca daripada ibu bapa pelajar pulang dari umrah dijangkiti varian Omicron. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan