25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Selangor kelam-kabut kerana banjir mengejut – PM

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Sabri Yaakob berkata, keadaan di Selangor agak kelam-kabut kerana kejadian banjir yang melanda secara mengejut dan diluar dugaan.

Menurut Perdana Menteri, negeri itu tidak bersedia menghadapi banjir kerana jarang berlaku di musim tengkujuh yang biasanya hanya tertumpu di Pantai Timur.

“Selangor kelam-kabut sedikit, tak macam Pahang, Kelantan dan Terengganu yang sudah bersedia lebih awal menghadapi musim tengkujuh.

“Tetapi di Selangor ini banjir secara mengejut sebab biasanya musim tengkujuh jarang berlaku banjir di negeri ini. Ini seperti banjir kilat,” katanya dalam sidang media tengah malam tadi.

Ismail Sabri berkata, walaupun begitu sehingga 10.45 malam tadi sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu bagi menempatkan 3,826 mangsa terdiri daripada 2,551 keluarga.

Beliau berkata, sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan lain digerakkan untuk membantu mangsa.

Turut digerakkan 2,817 personal daripada agensi terbabit untuk membantu mangsa, termauk orang awam yang terperangkap di dalam kenderaan ekoran di sekitar Lembah Klang.

“Insya-Allah kita akan bantu sedaya upaya, mana yang terperangkap akan dipindahkan. NADMA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan hantar makanan sementara,” katanya.

Perdama Menteri juga meminta mangsa banjir di negeri ini agar tidak bimbang kerana segala usaha menyelamat sedang dilakukan.

Bagaimanapun, beliau menasihati mereka agar berhati-hati dan pastikan keselamatan anak masing-masing.

Katanya, kerajaan sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai jumlah mangsa yang terperangkap. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan