25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong berkenan tinjau situasi semasa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat meninjau situasi banjir di ibu negara malam tadi, susulan hujan lebat yang melanda sejak 24 jam lalu.

Menerusi perkongsian beberapa keping foto di akaun Facebook rasmi Istana Negara, baginda dilihat meredah banjir bagi melihat sendiri situasi semasa di sekitar kawasan jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Baginda turut menyantuni anggota pasukan penyelamat dalam suasana banjir berada pada paras lutut.

Menerusi catatan komen di posting berkenaan, netizen secara amnya menyifatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah melawat sendiri kawasan dilanda banjir sebagai tanda keprihatinan tinggi terhadap rakyat yang dilanda musibah.

Advertisements

Untuk rekod, sebanyak 11,384 mangsa banjir dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) membabitkan 4,500 keluarga di enam negeri, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sidang media tengah malam tadi, Perdana Menteri berkata, setakat pukul 11 malam, sebanyak 188 PPS telah dibuka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 84 PPS dibuka di Pahang, Selangor (45 PPS), Kelantan (39), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing sembilan PPS manakala Terengganu sebanyak dua PPS.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan