23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Mangsa banjir guna media sosial mohon bantuan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BENCANA banjir kali ini menyebabkan lima buah negeri terjejas bukan hanya mencatatkan bilangan mangsa banjir yang besar, bahkan, banyak juga yang masih menanti bantuan.

Rata-ratanya memahami masalah akses ke kawasan banjir yang menyumbang kepada kesukaran ke lokasi mangsa.

Sehubungan itu medium media sosial dijadikan alternatif mereka bagi memohon bantuan orang ramai terutamanya pasukan penyelamat.

Di Pahang, seorang pengguna media sosial, Mazahira Zolkifli menggunakan Facebook komuniti Kami Penduduk Bentong (Official) berharap bantuan segera dihantar bagi membantu satu keluarga yang terperangkap di Karak, Bentong.

“Terdapat anak kecil berumur setahun lebih dan kakaknya darjah 4 tak silap… mak ayah.. tak tahu kereta kat mana… dari semalam duduk atas bumbung,” kongsi Mazahira Zolkifli.

Satu keluarga yang terperangkap di atas bumbung kediaman mereka di Karak, Bentong, Pahang. – Sumber: Media Sosial

Sementara itu satu lagi perkongsian menyentuh hati apabila dua warga emas sudah terendam dalam banjir di Hulu Langat, Selangor.

Baca juga:   Mayat budak lemas dijumpai di Pantai Bersih

Menurut perkongsian tular berkenaan, dua warga emas, seorang orang kurang upaya (OKU), lapan orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak memohon bantuan agar diselamatkan.

“Mohon bantuan sangat-sangat mak abah saya dua-dua gunakan wheel chair (kerusi roda)… sekarang berendam dalam banjir… air makin tinggi. Abah saya sudah sesak nafas, mohon bantuan segera,” kongsi mesej tular berkenaan berserta alamat dan nombor talefon.

Dalam hantaran terkini, kesemusanya sudah diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan lain.

Sementara itu satu lagi hantaran tular membabitkan lokasi di Surau Al Munir Banding, Hulu Langat.

Baca juga:   Penggubal sukatan pelajaran Tokoh Guru Kebangsaan 2022

Menurut hantaran berkenaan, mangsa-mangsa banjir terpaksa memanjat bumbung surau bagi menyelamatkan diri.

“Sehingga jam 7 pagi tiada bantuan sampai. Tolong anak saudara saya tiga tahun pun ada di sana,” kongsinya beserta nombor talefon.

Orang ramai menjadikan bumbung Surau Al Munir Banding sebagai tempat perlindungan selepas kediaman mereka ditenggelami air di Hulu Langat, Selangor. – Sumber Media Sosial

Malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata secara keseluruhan sebanyak 66,015 petugas agensi penguat kuasa daripada pelbagai agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan bagi membantu mangsa.

“Pada masa yang sama. sebanyak 500 sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa di PPS,” katanya.

Ismail Sabri menggesa orang ramai yang menjadi mangsa atau terperangkap dalam banjir agar menghubungi talian ‘hotline’ yang disediakan iaitu 03-80642400 bagi mendapatkan bantuan dengan segera.

Baca juga:   Covid-19: Kes kembali menurun catat tiga angka

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan