29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPM bantu lancarkan operasi PPS di sekolah – Radzi Jidin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan membantu melancarkan operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menggunakan kemudahan sekolah di bawah kementerian berkenaan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, melihat kepada keadaan banjir kali ini yang di luar jangkaan, banyak sekolah di bawah KPM yang digunakan sebagai PPS.

“Sekitar jam 1 pagi tadi saya sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang untuk meninjau PPS bagi mangsa banjir dari kawasan sekitarnya.

“Saya diberi taklimat oleh beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan situasi terkini di pusat ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Radzi meluahkan kesyukuran urusan permindahan mangsa banjir ke PPS berjalan dengan lancar.

Advertisements

“Alhamdulillah, semua urusan permindahan berjalan lancar.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telibat dalam proses membantu mangsa-mangsa banjir ini, termasuk pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, KPM sentiasa bersedia membantu agensi berkaitan dalam memastikan PPS di sekolah bawah KPM dapat beroperasi dengan teratur.

“Sama-samalah kita berdoa agar urusan pengendalian mangsa banjir di sini serta tempat-tempat lain di seluruh negara dipermudahkan,” katanya.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan