Sunday, July 19, 2026

Penduduk tersekat banjir, PM turun padang ke Bukit Lanchong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang melawat lokasi banjir di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Selangor, tengah malam tadi.

Difahamkan, hampir 1,000 penduduk di kampung berkenaan yang terperangkap telah berjaya dipindahkan awal pagi tadi.

Menurut Ismail Sabri, ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights.

“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan